Senyumlah Selagi Terdaya

Senyuman itu rahsia lukisan hati...
Senyuman merupakan satu sedekah...

Terima Kasih...

Selamat Datang ke Blog yusshafiee...

Semoga Ukhwah yang Terjalin akan Berkekalan Untuk Selamanya...

~SITUASI 11 : Makna Stilistik ~

Friday, 11 February 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Hari ini saya hendak berkongsi sedikit ilmu mengenai makna stilistik. Mungkin ramai yang baru mengetahui atau mendengar perkataan 'stilistik'. Dalam kursus BML 3083 iaitu Semantik dan Pragmatik, saya telah belajar mengenai makna stilistik. Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. Daripada makna stlistik ini, kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat, dialek atau bahasa baku.

Pertama : Fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu, dialek yang digunakan dan tempoh masa yang dituturkan.

Kedua : Wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu media (samada yang dituturkan, ditulis dan sebagainya) dan penglibatan (dialog atau monolog).

Ketiga : Fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada laras ( bahasa undang-undang, sains, perubatan), status (bahasa diraja, slanga dan jargona), dan modalitas ( bahasa syarahan, berjenaka, ceramah dan sebagainya).

Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar. Dialek, slanga, jargona atau status seseorang dapat menentukan siapa orang itu atau siapa orang ini. Contohnya ayat ini:  " Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sungguh aku melihat muka kau!". Dalam konteks ini, kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah, tidak penyabar, perungus atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu.

Namun penilaian kita berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. Contoh: "Rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya." Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur seorang yang baik hati dan pemurah. Jadi penggunaan bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya, status dan latar belakang penutur, loghat, aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata), dialek, pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukan dalam masyarakat, keluarga baik-baik, berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi. 

Sekian..
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment